CUSTOM ROM sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi buat pengguna tegar Android OS bagi menambahbaik keupayaan smartphone masing-masing.

Google saja dan anda semua akan mendapati Custom ROM yang popular seperti Resurrect Remix, Lineage OS (dulu dikenali sebagai Cynogenmod OS), Paranoid Android dan banyak lagi.

TAPI…..

Dengan stock OS daripada Google sendiri yang semakin hari semakin bagus dan fluid, jadi adakah Custom ROM masih relevan dimasa kini dan mengapakah anda tidak memerlukan Custom ROM?. Mari kita bongkar.

#1 Prestasi Kamera Kemungkinan Jadi Lebih Teruk

Kamera pada smartphone anda merupakan diantara tarikan terbesar kepada pembelian sebarang smartphone. Dengan peningkatan teknologi dan semakin kompleks menjadikan cabaran yang paling terbesar buat Custom ROM.

Camera
Gambar daripada Updato.com

Kebanyakan smartphone pada zaman kini mempunyai dual lens setups, HDR effects dan juga mempunyai kebolehan merakam video 4K dengan frame rate yang tinggi.

Sekiranya anda menukar daripada OS asal kepada Custom ROM dan besar kemungkinan anda telah mendowngradekan camera secara tak sedar.

Dan juga..

Sekiranya anda tersalah memilih Custom ROM, kemungkinan besar anda akan kehilangan segala feature yang ditawarkan oleh smartphone melalui OS asal anda.

#2 Kestabilan dan Reliability Menjadi Persoalan

smartphone-security-flaws-backdoors
Gambar dari counterpointresearch.com

Kalau kita tengok balik zaman awal penubuhan Android dan kita akan mendapati bahawa smartphone pada zaman dulu mempunyai kekerapan untuk sentiasa crash sewaktu kita guna.

Tapi sekarang tidak menjadi masalah dimana Android OS asal sekarang lebih stabil dan boleh dikatakan hampir sempurna dan menyebabkan Custom ROM asal tidak diperlukan lagi.

Dan jika anda masih mahukan Custom ROM juga, kemungkinan kestabilan dan reliability menjadi persoalan lebih-lebih lagi sekiranya anda menggunakan Custom ROM yang tidak berapa terkenal.

Besar kemungkinan anda akan berdepan lebih bahaya terhadap pengodam dari luar disebabkan smartphone anda mudah terdedah kepada jangkitan virus.

#3 Stock Android Sudah Tidak Menarik Lagi

Untuk point ketiga ni agak dramatik sedikit sebabnya kenapa saya katakan stock Android dari Google sudah tidak berapa menarik lagi kerana kebanyakan software seperti google assistant, aplikasi camera dan launcher sudah tidak boleh didownload melalui Google Play disebabkan hak cipta terpelihara Google.

Jadinya anda tidak dapat menggunakan secara full pontential smartphone anda walaupun anda menggunakan Stock Android dari Google.

Tapi bagi saya, launcher dan google assistant jika menjadi hak cipta Google tidak menjadi kebimbangan bagi saya sebab kurang menggunakan aplikasi tersebut.

android-oreo-nougat
Gambar daripada cbsistatic.com

Kesimpulan

Walapun kita lihat Custom ROM sudah tidak relevan pada masia kini tapi kita harus faham bahawa asal penubuhan Custom ROM adalah untuk menampung kelemahan yang disediakan oleh OS asal dalam smartphone pada masa dahulu. Itu menjadi punca kenapa Custom ROM diwujudkan.

Dan Custom ROM juga masih relevan digunapakai pada masa kini seandainya :

1. Smartphone anda sudah diabaikan oleh pengeluar.

2. OS yang sedia ada sangat teruk dan lag.

Adakah anda menggunakan Custom ROM juga?. Beritahu pada kami, ROM apa yang anda pakai sekarang dan kenapa anda tetap setia dengan Custom ROM tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.