4 Ciri Laptop Yang Wajib Dilihat Sebelum Beli

Sekarang ini kalau anda nak beli laptop baru, anda tak perlu bimbang sangat. Pergi saja ke mana-mana kedai PC, anda semua pasti terlihat macam-macam jenis model laptop tersedia untuk dibeli.

Jenama seperti Asus, Acer, HP merupakan diantara jenama yang popular ditayangkan di kedai PC.

Tapi anda tertanya-tanya …

Apa yang membuatkan sebuah laptop itu terbaik dari segi prestasi dan juga bajet kewangan anda?

Apa ciri-ciri yang patut saya lihat pada laptop sebelum membelinya?

maka, kali ni saya mahu kongsikan bersama anda semua apa ciri-ciri yang patut lihat sebelum membeli laptop baru anda. Ayuh kita mulakan.

#1 CPU a.k.a Processor

cpu

CPU ini merupakan otak kepada laptop anda. Peranan CPU yang utama adalah untuk memproses segala data untuk menghasilkan output kepada pengguna.

Di pasaran sekarang terdapat 2 jenama CPU yang anda boleh beli iaitu Intel atau AMD. Kedua-duanya mempunyai pros dan cons yang tersendiri.

Jadi, nak beli yang mana satu?. Intel atau AMD ?

Nasihat saya terpulang kepada individu masing-masing asalkan jangan kondem ya. Tidak kami tak mau kawan.

Bagi mendapat prestasi yang baik, untuk model cpu Intel, kami sarankan untuk mendapatkan cpu i5 dan keatas manakala bagi AMD, kami sarankan cari model Ryzen. Tapi bergantung kepada bajet kewangan anda ya.

#2 RAM

ram

Ram merupakan benda yang paling common kalau beli laptop baru. Tuan kedai pasti akan suggest kat anda semua untuk tambah ram dengan alasan untuk menambah baik prestasi laptop baru anda.
Itu benar tapi kena faham dari segi prestasi untuk multitasking saja ya. Tambah ram tidak sama sekali buat laptop anda boleh main game setting tahap ultra. Itu tidak mungkin akan berlaku.

Fungsi RAM senang, lagi besar RAM lagi banyak benda boleh buat dalam satu-satu masa cam nak buka tab Chrome banyak-banyak sambil layan SPSS tidak akan jadi masalah dan tidak akan menbuatkan sistem komputer “hang”. 

Jadi, berapa kapasiti RAM yang patut bagi mendapatkan prestasi laptop yang memuaskan?.

Nasihat kami adalah menggunakkan RAM sekurang-kurangnya 8gb dan keatas sebab 4 gb untuk penggunaan zaman sekarang agak sudah ketinggalan.

Jadi kalau tuan kedai recommend tambah RAM, jangan ditangguh lagi, lakukan sahaja tanpa was-was.

Again, pastikan bajet mencukupi untuk tambah RAM.

#3 GPU a.k.a Graphic Card

gpu

Orait, yang ini agak tricky, GPU atau dikenali grafik kad adalah hardware yang berfungsi untuk melakukan kerja-kerja pemprosesan yang berbentuk grafik.

Daripada saat buka windows, menggunakan word, menonton movie, render video dan main game, semua perkara tersebut dijana oleh GPU.

GPU ada gred dia yang tersendiri dan semakin mahal mengikut kemampuan GPU memproses data dalam masa yang singkat.

Bagi GPU ada 3 pengeluar iaitu AMD, NVIDIA dan Intel. Untuk kebanyakan laptop sekarang, intel grafik didatangkan sekali dengan setiap laptop dan disuaipadankan dengan GPU NVIDIA dan AMD mengikut konfigurasi laptop itu sendiri. Begitu juga pada AMD processor.

Jadi, bagi mendapatkan prestasi laptop yang baik, kami syorkan untuk memastikan laptop anda mempunyai GPU Nvidia atau AMD

Jangan sekali-kali terperangkap untuk mendapatkan laptop yang hanya mengunakan grafik intel dimana prestasi dia akan cepat ketinggalan dan laptop tidak boleh bertahan untuk penggunaan jangka lama.

#4 SSD (Bonus & Sangat Recommend)

ssd

SSD ini merupakan teknologi yang sudah agak lama tapi kebanyakan pengguna masih tidak tahu kerana kos SSD adalah mahal dibandingkan dengan HDD yang biasa.

Fungsi SSD seperti hardisk biasa yang ada dalam laptop iaitu menyimpan data. Tapi perbezaan yang paling ketara yang menyebabkan kami sangat mengesyorkan anda mendapatkan SSD kerana kepantasan SSD dalam menyimpan dan membaca data.

Kami berani jamin kepada anda, selepas anda mencuba SSD, anda tidak akan kembali kepada HDD.

Perbezaan yang paling ketara yang menyebabkan kami sangat mengesyorkan anda mendapatkan SSD kerana kepantasan SSD dalam menyimpan dan membaca data.

Walaupun kebanyakan laptop dipasaran sekarang masih tidak banyak memberi pilihan SSD dalam laptop sedia ada kerana faktor kos yang agak mahal tapi proses menukarkannya dari HDD ke SSD adalah sangat mudah.

Laptop lama juga boleh dipasangkan SSD dan menjadi alternatif bagi meningkatkan kelajuan sekiranya tidak mahu membeli laptop lagi dalam jangka masa 1-2 tahun lagi. 

menjadi alternatif bagi meningkatkan kelajuan sekiranya tidak mahu membeli laptop lagi dalam jangka masa 1-2 tahun lagi. 

Ciri yang ke-4 ini lebih bersifat pilihan tapi sangat disyorkan oleh kami. Anda tidak akan rugi membayar lebih untuknya.

Kesimpulan

Jadi, sudah bersedia untuk membeli laptop baru anda?.

Panduan diatas merupakan panduan umum dari saya untuk anda semua diluar sana yang sering mengajukan persoalan ini kepada saya. Dan menjadi tanggungjawab saya untuk membantu anda semua agar dapat membeli laptop dengan lebih bijak.

Selamat membeli dari saya dari Topi Works.

Ada persoalan berkenaan posting kali ini?. Boleh hubungi kami melalui FB, IG dan Whatsapp  kami melalui link https://api.whatsapp.com/60125493696

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s