5 Tanda Hardisk Anda Bakal Rosak ?

Suatu pagi, dimana anda semua dok nak enjoy layan youtube sambil menikmati nasi lemak kegemaran anda.

Tanpa ragu-ragu, anda pergi ke laptop/PC anda dan menekan butang power

Dan….

windows tak dapat boot langsung atau hanya display BIOS saja.

Anda mula panik dan tanpa buang masa hantar ke kedai repair laptop berdekatan, dan selepas selesai diagnos dijalankan oleh technician mengatakan bahwa laptop/PC anda mengalami kerosakan pada hardisk anda dan data tidak dapat diselamatkan.

Mesti anda semua pernah kena kan kes macam ni?. Nak sedih pun ada tapi apakan daya semua dah terlambat. So, kat sini kita nak bagi tips macam mana nak tau hardisk anda bakal menjadi arwah tidak lama lagi.

#1  Prestasi OS Makin Lembap, Kerap Keluar Skrin Biru

1

Petanda paling obvious hardisk anda bakal rosak.

Tanda pertama ini merupakan tanda yang paling ketara dan penanda kepada betapa kritikal/tenat kesihatan hardisk anda.

Selalunya, bila dah makin kerap jadi begini, anda sudah sepatutnya bersedia menyelamatkan data anda sebelum hilang selamanya.

…. tanda yang paling ketara dan penanda kepada betapa kritikal/tenat kesihatan hardisk anda.

Walaupun ada sesetengah technician mampu menyelamatkan data anda selepas hardisk anda mengalami kerosakan namun peluang untuk mendapatkan data secara total adalah mustahil.

Dan juga kos selamatkan data juga adalah sangat mahal.

Anda boleh lihat senarai harga upah untuk selamatkan data dari hardisk anda yang rosak gambar dibawah.

#2 Data Korup

2

Apabila hardisk hampir megalami kerosakan, kebarangkalian data yang berada di dalam hardisk untuk korup adalah sangat tinggi.

Keadaan seperti document word anda tidak boleh dibuka atau data dalam laptop/PC anda loading terlampau lama dan akhirnya gagal dibuka merupakan diantara tanda hardisk anda mengalami kerosakan.

Keadaan seperti document word anda tidak boleh dibuka atau data dalam laptop/PC anda loading terlampau lama dan akhirnya gagal dibuka

Akan tetapi bergantung kepada situasi, double check data anda dengan membukanya kedalam laptop/PC lain, seandainya data anda boleh dibuka di peranti lain bermakna laptop/PC anda mungkin masalah.

#3 Bad Sector Terlampau Banyak Dijumpai

3

Bad Sector ini secara mudah merupakan sector atau bahagian yang tidak digunakan di dalam cakera hardisk anda.

Punca kenapa berlakunya Bad Sector ini adalah berlakunya kerosakan pada cakera keras dalam hardisk anda atau sesetengah kes, windows anda tidak dapat mengakses sector tersebut.

Dan ada juga sesetengah keadaan dimana transistor pada board hardisk anda mengalami kerosakan dan menyebabkan Hardisk anda tidak dapat berfungsi dengan baik.

main

Transistor dalam board (Warna Hijau) menjadi punca Hardisk rosak.

Anda boleh mengenalpasti Bad Sector dengan mengimbas hardisk anda menggunakan SCANDISK atau CHKDSK pada windows anda atau BADBLOCKS untuk Unix.

Penggunaan software ini akan menanda dan bypass Bad Sector untuk masa hadapan supaya meningkatkan kestabilan sistem.

#4 Bunyi Pelik/Kuat Pada Hardisk

4

Kalau anda detect bahwa Laptop/PC anda makin lembap, cuba anda dekatkan telinga anda pada hardisk anda.

Seandainya anda terdengar bunyi yang menjengkelkan seperti bunyi besi yang diasah atau bunyi “Click” berulangkali diikuti dengan hardisk tidak dapat dikesan dengan windows anda, besar kemungkinan Hardisk anda sudah mengalami kerosakan yang teruk.

Dan juga sekiranya hardisk masih boleh dibuka, saya sangat mencadangkan agar anda segera memback up data anda secepat mungkin sebelum hardisk terus mengalami kerosakan selamanya.

#5 S.M.A.R.T Menunjukkan Banyak Error

5

S.M.A.R.T. atau dikenali sebagai (Self Monitoring, Analysis, and Reporting Tehnology) merupakan sistem yang digunakan pada semua Hardisk bagi mengesan dan melaporkan pelbagai indikator kesihatan Hardisk dan juga memberi jangkaan kasar jangka hayat Hardisk sebelum ia rosak.

mengesan dan melaporkan pelbagai indikator kesihatan Hardisk dan juga memberi jangkaan kasar jangka hayat Hardisk sebelum ia rosak.

Bagaimana S.M.A.R.T. ini berfungsi ?

Data yang disalurkan kepada S.M.A.R.T. akan dianalisis dan memberi maklum balas awal jika berlakunya pengesanan terhadap kerosakan pada Hardisk anda.

Dan hasil maklumat daripada S.M.A.R.T. akan disalurkan kepada windows untuk memberi peringatan kepada pengguna untuk menjalani proses back up data sekiranya Hardisk mengalami kerosakan.

Kesimpulan

Sebenarnya terdapat banyak lagi tanda yang menunjukkan Hardisk anda bakal rosak, tetapi kami hanya menyenaraikan TOP 5 tanda kerana tanda-tanda ini paling ketara sekiranya Hardisk hampir menemui ajal.

Bagi saya perkara ini perlu diambil perhatian sekiranya anda mahu mengelakkan daripada data-data penting anda hilang dan rosak selama-lamanya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s