Kenapa iOS Menggunakan RAM Sedikit Berbanding Android OS ?

TUNGGU !!

Sebelum mengatakan kami bias kepada iOS, anda sepatutnya mendengar penjelasan dari kami dahulu kenapa kami berkata sedemikian dan kami akan jelaskan secara detail berkenaan ini melalui post kali ini.

#1 Perbandingan RAM antara Peranti iOS & Android OS

Pertama sekali kita akan buat perbandingan dahulu antara peranti iOS dan Android OS untuk kita dapatkan gambaran awal brapa banyak RAM yang digunakan pada peranti terbaru daripada kedua-dua OS tersebut.

a. Android OS

phone-specs-oneplus-5t

Gambar dari GSM Arena.com

phone-specs-samsung-galaxy-s8-plus

Gambar dari GSM Arena.com

phone-specs-google-pixel-2-xl

Gambar dari GSM Arena.com

b. iOS

phone-specs-apple-iphone-x

Gambar dari GSM Arena.com

phone-specs-apple-iphone-8-plus

Gambar dari GSM Arena.com

phone-specs-apple-iphone-8

Gambar dari GSM Arena.com

Bila anda semua tengok perbandingan diatas, anda mesti rasa terkejut kenapa perbezaan yang sangat ketara antara android OS dan iOS dalam penggunaan RAM.

iPhone X yang paling latest pun baru menggunakan 3GB Ram sedangkan kalau Android OS menggunakan 3GB RAM itu menjadi perkara biasa dan boleh didapati mana-mana peranti terkini dengan harga yang jauh lebih murah dari iPhone X.

Kalau laptop sekarang keluar dari kedai selalunya didatangkan dengan hanya 4GB RAM sedangkan One Plus 5T sekarang siap keluar dengan 8GB RAM. Perbezaan yang sangat ketara benar.

SO…

#2 Kenapa Android Menggunakan Banyak RAM?

a. Android Menyokong Pelbagai Peranti

Pertamanya anda semua kena faham bahawa Android OS dihasilkan untuk menyokong pelbagai jenis processor, pengeluar, dan juga pelbagai konfigurasi hardware.

Kebiasaan software yang ditulis di dalam satu sistem tidak boleh dibaca oleh sistem lain dan perlu diconvert keluar supaya software lain boleh membacanya.

Dan ini mengundang pelbagai isu incompatible diantara peranti.

b. Java Virtual Machine

Jadi, bagaimana untuk selesaikan isu incompatible ini ?

Bagi mengatasi isu ini, aplikasi android selalu beroperasi menggunakan java platform. Java adalah penyelesaian yang terbaik kerana java menggunakan konsep Virtual Machine.

Kaedah ini berfungsi dimana anda hanya perlu menulis code skali saja pada Java dan Virtual Machine akan menterjemahkan secara automatik code tersebut untuk memboleh aplikasi tersebut berfungsi dimana-mana sahaja peranti Android anda.

Java Virtual Machine akan menulis dan mengkompil segala code yang anda tulis secara automatik untuk anda.

Tapi ada kesan akibat menggunakan Java Virtual Machine…

Penggunaan Java Virtual Machine ini adalah kompleks dan menggunakan banyak RAM kerana :

  • Mengurus proses sebenar Java Virtual Machine.
  • Memegang code Java yang original untuk segala aplikasi yang dilancarkan.
  • Code yang sudah diconvertkan untuk kegunaan aplikasi.

Ketiga-tiga proses ini berlaku secara serentak dan punca kenapa RAM yang banyak diperlukan untuk Android OS.

Tetapi, seiring dengan kemajuan teknologi sekarang Virtual Machine untuk Android semakin eficient dan tidak menggunakan banyak RAM seperti aplikasi terdahulu.

c. Background Process

Punca ketiga adalah seusai kita sudah meggunakan aplikasi, kita selalunya akan keluar dari aplikasi dan menjangkakan aplikasi tersebut sudah ditutup sepenuhnya.

tetapi Android OS tidak akan menutupnya sebaliknya meletakkan aplikasi tersebut dalam mode passive dan berjalan di sebalik background process.

Dan sini kita akan lihat ramai pengguna Android akan membuang backgroud process secara manual melalui recent application pada peranti.

d. Kaedah Garbage Collection

Yang terakhir, Android OS dibina dengan menggunakan kaedah Garbage Collection.

Apa itu “Garbage Collection” ?

Merupakan kaedah yang menggalakkan aplikasi untuk menggunakan RAM sebanyak yang diperlukan oleh aplikasi tersebut.

Dan apabila Android dalam keadaan idle state, Android akan membersihkan segala “Garbage” yang tidak digunakan untuk kegunaan aplikasi lain pula.

Walaupun kaedah ini efektif, kaedah sesuai digunakan untuk peranti yang mempunyai kapasiti RAM yang tinggi.

Untuk sebab ini kami merecommend anda untuk mencari peranti Android yang sekurangnya mempunyai Kapasiti RAM 4GB untuk kelancaran sistem Android.

#3 Kenapa iOS Menggunakan RAM yang Sedikit ?

a. Peranti Yang Seragam (Uniform)

Sekiranya anda mahu menggunakan iOS, anda perlu menggunakan peranti dari Apple sahaja iaitu iPhone.

Dan sekiranya anda ingin membangunkan aplikasi untuk iOS, anda perlu menggunakan Tools yang dibekalkan oleh Apple dan mengikut cara Apple sendiri.

Anda tidak boleh sesuka hati mengubah peraturan dari Apple dan Apple sangat menekankan peraturan mereka.

Dan disebabkan ini, ada kelebihan pada Apple dimana Apple tahu spesifikasi setiap iPhone secara spesifik dan pembangunan iOS dapat dioptimalkan walaupun penggunaan RAM yang sedikit.

iOS juga hanya menggunakan ARM-Base hardware sahaja.

b. Tidak Perlukan Virtual Machine

Disebabkan Apple yang menetapkan sendiri peraturan dalam membangunkan aplikasi untuk iOS, makanya segala aplikasi tidak perlukan sebarang Virtual Machine dan beroperasi secara native seterusnya diexecute secara terus di dalam setiap iPhone.

Disebabkan tidak perlukan Virtual Machine, RAM memory dapat dikurangkan secara drastik.

c. Memory dikawal terus oleh Aplikasi

Jika anda pengguna Android, segala memory akan dikawal selia oleh Android OS itu sendiri.

Namun berbeza bagi iOS, dimana segala memori akan dikawal secara terus oleh aplikasi yang sedang digunakan dan kaedah ini memastikan penggunaan memory akan dikawal secara automatik. Cara ini tiada pembaziran penggunaan RAM berlaku.

Sumber : https://www.makeuseof.com/tag/why-ios-less-ram-android/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s