5 Program Yang Melembapkan Windows

Pernah anda mengalami situasi dimana anda power on Laptop/PC dan anda terpaksa menunggu lama sebelum dapat menggunakan Laptop/PC tersebut.

Dan jangan bimbang…

Bukan anda sorang saja yang mengalami perkara sebegini, boleh dikatakan hampir pengguna Laptop/PC seperti anda mengalami masalah yang sama.

Tapi jangan biarkan perkara ini terjadi kepada anda kerana perkara merupakan satu perbuatan yang membuang masa.

Jadi, entry kali ini kita akan kenal pasti 5 program yang selalu menjadi punca kepada kelembapan Windows anda. Ayuh kita semak satu-satu program tersebut.

Entry kali ini akan dipecah kepada 3 bahagian iaitu :

  1. 5 Program Punca Kelembapan Windows
  2. Solusi

#1. 5 Program Punca Kelembapan Windows

a. Gaming Client

Kalau anda selalu main game di Laptop/PC sudah tentu mengetahui software Steam, Origin, Garena dan sebagainya diperlukan untuk memastikan game yang anda gunakan dapat berfungsi dengan sebaiknya.

Software ini juga dikenali sebagai Gaming Client.

Dan kebiasaan setiap kali installation software ini, ia akan secara automatik dibuka setiap kali windows anda dihidupkan.

Perkara ini dilakukan adalah bagi memudahkan game yang anda install dapat diupdate sepantas mungkin tanpa anda perlu membuat secara manual.

codmw35w9o7kmin8

Contoh Gaming Client dari Steam (Gambar dari www.minds.com)

Tetapi yang menjadi masalah yang ketara dengan Gaming Client ini adalah ia mengambil tenaga hardisk anda yang sangat banyak untuk mengupdate game data anda.

Keadaan ini melembapkan windows dimana windows terpaksa memproses game data serentak dengan windows data.

b. Aplikasi Online Chat

Mempunyai applikasi online chat seperti Skype atau Yahoo Messenger dapat memberikan notifikasi segera kepada rakan-rakan anda di alam maya bahawa anda kini sedang online dan bersedia untuk chat pada bila-bila masa.

skype

Gambar dari www.flanderstoday.eu

Cuma yang menjadi masalahnya adalah aplikasi ini memberi prestasi lembap kepada windows anda kerana seringkali mempunyai bug tersembunyi yang menganggu windows ketika diawal windows dibuka.

c. Adobe Program

Sesiapa pengguna adobe tegar seperti Photoshop dan sebagainya, apabila anda melihat pada startup window, anda akan mendapati terdapat adobe program yang berfungsi sebagai Background Process.

Umum kita mengetahui kita selalu menggunakan produk daripada Adobe tetapi Background Process yang secara automatik beroperasi sepanjang anda menggunakan Laptop/PC adalah tidak diperlukan dan boleh memendekakan penggunaan bateri sekiranya anda adalah pengguna Laptop.

The-Adobe-CC-Lifetime-Mastery-Bundle-780x390

Gambar dari cultofmac.com

d. Cloud Storage

Merupakan diantara aplikasi yang boleh dikatakan paling obvious melambatkan Laptop/PC semasa anda memulakan windows.

Tapi ada sebab kenapa aplikasi cloud storage seperti Google Drive, Dropbox, iCloud berfungsi secara automatik setelah anda membuka windows. Ia secara langsung mengemaskini segala data anda antara Cloud Server dan Local Storage sekiranya anda pengguna tegar Cloud Storage.

comparison-of-best-free-cloud-storage-services

Gambar dari ilovefreesoftware.com

Jika anda jarang mengupload data anda ke dalam Cloud Server, saya sarankan anda menutup fungsi kemaskini secara automatik atau unistall aplikasi ini. Sebaliknya mengupload data melalui laman web Cloud Storage itu sendiri. Cara ini lebih berkesan dan jimat data.

e. Apple Utilities

Buat pengguna iPhone, sudah tentu anda terpaksa menginstall iTunes bagi membolehkan iPhone anda berfungsi dengan baik.

Tapi tahukah anda ?

Aplikasi dari Apple merupakan diantara punca kenapa windows anda semakin lembap.

4302894

Gambar dari turbofuture.com

Aplikasi seperti Quick Time, anda boleh uninstall terus kerana Quick Time masa kini sudah tidak diperlukan lagi.

iTunes Helper dan Apple Push boleh disable automatic startup kerana Ia hanya beroperasi sekiranya anda memasukan iPhone anda ke dalam windows.

#2. Solusi kepada Kelembapan Windows

Penyelesaian kepada kelembapan ini adalah mudah secara teknikal.

Anda boleh disable segala aplikasi yang tidak diperlukan dengan menggunakan Windows Task Manager yang dibekalkan sekali dengan  windows.

Untuk membuka Windows Task Manager ada 2 cara iaitu :

  1. Right Click pada Taskbar dan pilih Task Manager
  2. Menekan Ctrl + Shift + Esc secara serentak
xsshot-31.png.pagespeed.gp+jp+jw+pj+ws+js+rj+rp+rw+ri+cp+md.ic.97apkrsgkb

Kaedah 1 : Right Click pada Taskbar

sshot-111

Selepas anda masuk ke Task Manager, pergi ke Startup Tab dan pilih disable pada aplikasi yang tidak diperlukan semasa windows dibuka.

Tetapi harus diingat, ada sesetengah aplikasi seperti Graphic Card Driver atau Mouse Driver tidak boleh disable sama sekali kerana dibimbangi menyebabkan windows tidak dapat beroperasi dengan sempurna.

Jadi, kenal pasti aplikasi mana yang tidak diperlukan semasa windows dibuka dan disable terus untuk menjamin prestasi windows dalam keadaan terbaik.

Sumber : https://www.makeuseof.com/tag/programs-slow-windows-10-boot/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s