Umum kita mengetahui tak ramai yang menggunakan MacBook di Malaysia tetapi terdapat banyak persoalan yang diajukan oleh masyarakat diluar sana.

dan diantara persoalan yang paling terhangat adalah MacBook apa yang sesuai untuk anda?.

In Shaa Allah kita cuba jawab persoalan ini dengan ringkas dan padat.

Entry kali ini akan dipecah kepada 3 Bahagian :

  1. Jenis MacBook
  2. Perbandingan Mengikut Kategori
  3. MacBook Yang Sesuai Untuk Anda

#1 Jenis Macbook

Seperti yang anda semua ketahui, MacBook didatangkan dengan banyak jenis.

Saya pecahkan kepada 3 Jenis MacBook :

  1. 12 Inch MacBook
  2. MacBook Air
  3. MacBook Pro

Ketiga-tiga jenis ini ada perbezaan yang ketara dan saya terangkan perbezaan secara ringkas.

a. 12 Inch MacBook

MacBook-tear-19
12 Inch MacBook

Juga dikenali sebagai MacBook, diperkenalkan pada April 2015 dan diperbaharui pada Jun 2017.

Spec :

  • 1.2 Ghz Dual Core Intel Core m3 / 1.3 Ghz Dual Core Intel i5
  • 8 GB DDR3 RAM / 16 GB DDR3 RAM
  • 256 GB / 512 GB SSD
  • Intel HD Graphics 615
  • 1 USB-C Port, 3.5mm Headphone Jack
  • RM 5999 / RM 7199

Kelebihan :

  • Paling ringan dalam kategori MacBook produk
  • Cantik & Elegan
  • Jangka hayat bateri yang lama

Kekurangan :

  • Hanya ada 1 USB-C port untuk sambungan ke peranti lain
  • Tiada MagSave untuk mengecas bateri sebaliknya menggunakan USB-C untuk mengecas.
  • Diantara MacBook yang termahal jika dibandingkan dengan spec yang terdapat dalam MacBook

b. MacBook Air

psp-mini-hero-macbookair_2x
MacBook Air

Merupakan diantara MacBook yang masih bertahan lagi dan sesuai dengan panggilan “Air”, ia merupakan MacBook yang nipis dan slim.

Spec :

  • 1.8 Ghz Dual Core Intel i5
  • 8 GB DDR3 RAM
  • 128 GB / 256 GB SSD
  • Intel HD Graphics 6000
  • 11 / 13 inch Skrin
  • MagSave, 2 USB 3.0, Thunderbolt 2, SDXC Card, 3.5mm Headphone Jack
  • RM 4199 / RM 4999

Kelebihan :

  • Rekaan Nipis
  • Mempunyai segala I/O port yang diperlukan
  • Mempunyai jangka hayat bateri yang terlama (12 Jam)

Kekurangan :

  • Tiada USB-C port
  • Menggunakan Processor dari generasi yang lama
  • Hanya 8 GB RAM sahaja

MacBook Air secara terangan bukanlah pilihan yang terbaik bagi pengguna gamers atau editors, tapi kalau untuk kegunaan biasa seperti kegunaan pejabat dan sekolah adalah sangat sesuai.

c. MacBook Pro

MacBook-Pro-Touch-Bar-780x520
MacBook Pro

Merupakan bahagian yang paling dinantikan oleh saya kepada anda semua. Sesuai dengan nama MacBook Pro, boleh dikatakan ia adalah model yang terbaik bagi kategori MacBook.

Bagi kategori MacBook Pro, terdapat 3 jenis varian jika dibandingkan dengan MacBook yang lain.

Secara ringkas MacBook Pro ada 3 jenis :

  1. 13 Inch MacBook
  2. 13 Inch MacBook dengan Touch Bar & Touch ID
  3. 15 Inch MacBook
  4. 15 Inch MacBook dengan Touch Bar & Touch ID

Spec 13 Inch MacBook :

  • 2.3 GHz dual-core Intel Core i5 / 2.5 GHz dual-core Intel Core i7
  • 8 GB / 16 GB DDR3 RAM
  • 256 GB / 512 GB / 1 TB SSD
  • Intel Iris Plus Graphics 640
  • 2 Thunderbolt 3 port
  • RM 5999 / RM 6899

Spec 13 Inch MacBook Dengan Touch Bar & Touch ID :

  • Touch Bar & Touch ID
  • 3.1 GHz / 3.3 GHz dual-core Intel Core i5 / 3.5 GHz dual-core Intel Core i7
  • 8 GB / 16 GB DDR3 RAM
  • 256 GB / 512 GB / 1 TB SSD
  • Intel Iris Plus Graphics 650
  • 4 Thunderbolt 3 port
  • RM 7999 / RM 8899

Spec 15 Inch MacBook Dengan Touch Bar & Touch ID :

  • Touch Bar & Touch ID
  • 2.2 GHz quad-core Intel Core i7
  • 16 GB DDR3 RAM
  • 256 GB / 512 GB / 1 TB / 2 TB SSD
  • Intel Iris Pro
  • 4 Thunderbolt 3 port
  • RM 8 499

Spec 15 Inch MacBook Dengan Touch Bar & Touch ID :

  • Touch Bar & Touch ID
  • 2.8 GHz/ 2.9GHz / 3.1GHz quad-core Intel Core i7
  • 8 GB / 16 GB DDR3 RAM
  • 256 GB / 512 GB / 1 TB / 2 TB SSD
  • 2 GB Radeon Pro 555 / 4 GB Radeon Pro 560
  • 4 Thunderbolt 3 port
  • RM 10 799 / RM 12 499

Kelebihan :

  • Merupakan versi MacBook yang paling berkuasa.
  • Built In Radeon Grafik
  • Mempunyai jangka hayat bateri yang agak lama

Kekurangan :

  • Berat
  • Kekurangan I/O port (hanya ada 4 Thunderbolt 3 Sahaja)
  • Tidak boleh diupgrade setelah beli kerana semua hardware diffused skali dalam satu motherboard.

 

#2 Perbandingan Mengikut Kategori

a. MacBook Mana Yang Sesuai Untuk “Portability” ?

Untuk kategori “Portability”, 12 Inch MacBook merupakan pilihan yang paling tepat kerana didatangkan dengan rekaan yang nipis dan ringan berbanding MacBook Air.

Tetapi pengorbanan terpaksa dibuat dibahagian I/O port dimana hanya terdapat 1 USB-C saja.

$
Ringan dan nipis menjadi kelebihan kepada 12 Inch MacBook untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Dan pada masa yang sama ia lebih mahal berbanding MacBook Air dan juga mempunyai teknologi lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, harga bagi MacBook lebih mahal berbanding MacBook Air dan jika anda kekurangan bajet, anda boleh untuk mengambil option kedua iaitu MacBook Air.

Terbaik Untuk “Portability” : 12 Inch MacBook

b. MacBook Mana Yang Mempunyai Ketahanan Bateri Yang Tinggi ?

Untuk kategori ketahanan jangka hayat bateri,  13 Inch MacBook Air secara terang-terangan merupakan calon yang terbaik bagi kategori ini dengan ketahanan selama 12 jam.

12 Inch MacBook adalah kedua terbaik dengan ketahanan bateri selama 10 jam manakala MacBook Pro hanya 10 / 9 jam bertahan.

Secara keseluruhannya, ketahanan bateri bagi semua varian MacBook merupakan terbaik diantara yang terbaik.

full-charge-battery

Terbaik Untuk Ketahanan Bateri : 13 Inch MacBook Air

c. MacBook Mana Yang Terbaik Untuk Menyimpan Data ?

SNodqVeovsTeVKkU
Storage yang besar membolehkan lebih banyak video, musik kegemaran anda disimpan dalam MacBook tanpa memerlukan external HDD.

Seandainya anda sangat memerlukan ruangan peyimpanan data yang banyak, 15 Inch MacBook Pro merupakan satu-satunya pilihan yang anda dengan kemampuan menyimpan sehingga 2 TB

13 Inch MacBook Pro juga tak kurang hebatnya dengan kemampuan menyimpan data sehingga 1 TB.

Manakala untuk MacBook Air dan 12 Inch Macbook hanya diberi pilihan sehingga kapasiti 512 GB.

Setiap MacBook baru didatangkan sekali dengan SSD dimana proses untuk boot macOS dan akses data sangat pantas dibandingkan dengan HDD mekanikal.

Dan sekiranya tak cukup 2 TB anda juga boleh menggunakan perkhidmatan iCloud dari Apple sendiri atau menggunakan external HDD untuk ruangan simpanan data yang lebih besar.

Terbaik Untuk Menyimpan Data : 15 Inch MacBook Pro

d. MacBook Mana Yang Terpantas ?

Sudah tentu 15 Inch MacBook Pro merupakan yang terpantas dengan dilengkapi Intel Core i7 dan dipadankan dengan 16 GB Ram.

OWC-Aura-Pro-SSD-Review-Speed-Test-Before-and-After--745x401

Segala kerja yang diberikan kepada 15 Inch MacBook Pro dapat dilakukan dengan mudah dan pantas.

Dan

Dengan kepantasan ini sudah tentu harga 15 Inch MacBook Pro ini sangat mahal tapi duit bukan jadi isu, go for 15 Inch MacBook Pro.

MacBook Terpantas : 15 Inch MacBook Pro

#3 MacBook Mana Yang Sesuai Untuk Anda ?

a. Terbaik Untuk Kerja

Dengan setiap pembelian MacBook yang baru, anda akan dapat iWork secara percuma. iWork ini merupakan aplikasi yang mirip dengan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint.

Sekiranya anda suka menggunakan MacBook untuk kerja, kemungkinan anda boleh memilih 15 Inch MacBook Pro untuk skrin yang lebih besar untuk kerja.

Tapi sekiranya anda tidak memerlukan skrin yang besar atau selalu menyambungkan MacBook dengan external monitor, 13 Inch MacBook Pro adalah terbaik dengan mempunyai I/O port yang banyak.

Terbaik Untuk Kerja : 13 / 15 Inch MacBook Pro

b. Terbaik Untuk Designers

Sekiranya anda selalu menggunakan MacBook untuk kerja-kerja yang berat seperti render video dan sebagainya, 15 Inch MacBook Pro adalah pilihan terbaik.

15 Inch MacBook Pro sahaja didatangkan dengan grafik kad dari AMD iaitu Radeon Pro 555 / 560. Juga didatangkan dengan Intel Core i7 yang sangat sesuai kegunaan aplikasi yang berat.

13 Inch MacBook Pro mungkin nampak lebih baik dari segi nilai wang tapi harus diingat disebabkan mereka hanya mempunyai dual core processor dan hanya mempunyai integrated grafik, prestasi 13 Inch MacBook Pro jauh lebih rendah dibandingkan dengan 15 Inch MacBook Pro.

Terbaik Untuk Designers : 15 Inch MacBook Pro

c. Terbaik Untuk Game

Walaupun jarang orang mengatakan MacBook untuk game tetapi dengan pelancaran sokongan SteamVR pada WWDC 2017 dan juga kebolehan untuk menginstall windows dalam Mac dengan menggunakan kaedah Boot Camp bermakna MacBook juga boleh bermain game sama.

Dan Mac game library juga dilihat sudah semakin berkembang dan sekarang terdapat banyak game yang boleh dijalankan di dalam Mac.

Untuk kes ini, sekiranya anda serius untuk bermain game menggunakan MacBook, 15 Inch MacBook pro merupakan pilihan yang terbaik dengan dilengkapi AMD Radeon 555 / 560 yang mempunyai kebolehan untuk menjalankan game dengan baik sekali.

Namun, Intel Graphic yang terdapat pada 13 Inch MacBook Pro masih cukup untuk menampung game yang tidak memerlukan grafik yang tinggi.

Secara realitik juga, 12 Inch MacBook dan Macbook Air tidak mempunyai prestasi yang cukup untuk bermain game.

Terbaik Untuk Game : 15 Inch MacBook Pro

d. Terbaik Untuk Student

Untuk berkenaan ini, secara terus terang, kami sarankan untuk memilih 12 Inch MacBook atau MacBook Air dimana “portability” menjadi keutamaan.

Dengan rekaan yang nipis dan ringan serta ketahanan bateri yang baik.

Bagi kes ini juga boleh digunapakai kepada Businessman.

Terbaik Untuk Student / Business : 12 Inch MacBook / MacBook Air

e. MacBook yang termurah

Sekiranya duit adalah penentu dalam pembelian MacBook, maka MacBook Air berkapasiti 128 GB merupakan pilihan yang terbaik untuk anda.

Dan sekiranya anda tidak kisah untuk membeli Refurbished MacBook, maka pilihan untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah lagi mudah didapati dengan prestasi yang mungkin lebih baik jika dibandingkan dengan membeli MacBook yang baru.

MacBook Termurah : MacBook Air

 

Dengan perkongsian yang kita berikan pada kali ini harapnya dapat membantu semua dalam membuat pilihan yang bijak dalam pembelian MacBook.

Selamat membeli semua.

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.