Kalau anda memiliki laptop yang sudah mencecah umur 3 tahun keatas, anda akan perasan yang laptop anda sudah mula menjadi semakin perlahan dan kadang-kadang sampai “Hang” disebabkan terlampau banyak aplikasi yang berlangsung serentak.

Perkara ini bukan suatu yang aneh memandangkan operating sistem iaitu windows semakin hari semakin advance dan dipadankan pula dengan hardware yang sudah berkurun lama menyebabkan laptop anda mengalami kelembapan dari hari ke hari.

Jadi disini kita nak bagi 5 cara bagaimanan untuk lajukan laptop lama anda.

#1 Servis / Cuci Habuk

Laptop anda boleh dikatakan magnet habuk kerana dari hari ke hari kipas laptop anda yang bertindak sebagai cooling agent untuk laptop juga dalam masa yang sama menarik habuk atau partikel kecil kedalam laptop anda.

IMG_20171028_003503
Kesan habuk yang berkumpul di sekitar Heatsink dan kipas laptop.

Perkara ini berlanjutan setiap hari semasa kita menggunakannya dan akhirnya habuk yang disebut akan bergumpal pada bilah-bilah kipas dan juga heatsink pada laptop anda.

Keadaan ini menyebabkan pengaliran udara panas keluar dari daripada laptop anda menjadi tidak efisyen disebabkan habuk yang bergumpal itu membentuk tembok halangan kepada pengaliran udara.

Dan secara tidak langsung laptop menjadi cepat panas dan adakalanya untuk kes tertentu menyebabkan laptop anda overheat dan terpadam dengan sendirinya bagi menyelamatkan laptop menjadi rosak.

Mencuci habuk pada laptop anda tidak susah tetapi bergantung kepada chasis laptop masing-masing. Ada yang sekadar buka beberapa skru sahaja membolehkan anda mengakses dalaman laptop anda untuk proses servis yang pantas.

IMG_20160809_162747
Disarankan setiap kali servis, minta kepada tehcnician untuk menukarkan thermal paste pada laptop anda sekali.

Dan saya juga menyarankan anda semua untuk thermal paste sekali pada laptop anda ketika proses menservis dijalankan.

#2 Format / Tukar Operating Sistem

Salah satu faktor kenapa laptop anda mengalami kelembapan yang melampau mungkin berpunca daripada Operating Sistem atau Windows OS yang sudah lama dan mengalami masalah yang berbagai-bagai.

4
Format laptop balik merupakan option terpantas melajukan laptop lama anda.

Walaupun operating sistem boleh diperbaiki dan segala aplikasi yang tidak digunakan diuninstall dengan mudah namun pilihan format atau upgrade ke operating sistem baru adalah option yang lebih baik dan melajukan semula laptop lama anda dengan efektif.

Bagi laptop lama, saya mencadangkan agar anda memformat ke windows 7 dimana, windows 7 lebih stabil dan ringan untuk digunakan pada peranti anda. Kos format adalah tidak mahal dan berbaloi.

#3 Tambah RAM

Haa, ini merupakan diantara option yang termudah dan terpantas bagi melajukan semula laptop lama anda.

B_Ram
4GB RAM keatas sangan disyorkan.

Dengan berbekal bajet RM200 kebawah anda mampu menambah RAM pada laptop lama anda dengan pantas untuk mendapatkan prestasi yang terbaik.

Punca sesetengah operating sistem zaman sekarang berasa lembap bukan disebabkan processor tidak cukup power tetapi kerana RAM kapasiti adalah sangat sedikit dan menjadi punca kenapa laptop anda sering “Hang”.

Bagi laptop lama, saya syorkan untuk anda menambah RAM berkapasiti 4GB keatas untuk dapatkan hasil kelajuan yang terbaik.

#4 Beli Wireless Adapter Yang Terkini

Ini adalah diantara upgrade yang sering terlepas pandang dan ada sebab kenapa ia menjadi salah satu cara melajukan laptop lama anda.

Kebanyakan laptop lama menggunakan wifi yang berstandard 802.11g dimana ia adalah standard yang agak lama dan lembap dari segi kepantasan internet.

Jadi nasihat dari saya adalah untuk anda semua membeli Wireless Adapter yang baru berstandard 802.11n paling kurang untuk mendapatkan kepantasan semasa browse internet.

1
Terdapat pelbagai saiz bagi USB Wireless Adapter. Kita sarankan yang kecil seperti ini untuk kegunaan harian kerana kurang terdedah kepada kerosakan.

Wireless Adapter zaman sekarang adalah sangat kecil dan juga murah jika dibandingkan dengan membeli wireless adapter card yang susah dicari dan mahal.

Namun jika anda bajet yang lebih tinggi, saya sarankan anda menggunakan Wireless Adapter yang berstandard 802.11ac dimana ia merupakan diantara standard yang terpantas untuk browse internet.

#Memasang Solid State Drive (SSD)

Kelembapan Hard Disk merupakan diantara isu yang sering diperkatakan dimana kebanyakan laptop mempunyai Hard Disk tradisional yang lembap dan berputar hanya pada 5400 RPM.

Memburukkan lagi keadaan dimana Hard Disk yang selalu dijumpai pada laptop mempunyai accsess time yang sangat lama dimana process Read/Write adalah terlampau rendah.

Keadaan ini menyebabkan laptop anda selalu “Hang” atau crash disebabkan permasalahan Hard Disk ini.

349989-solid-state-drive
10x lebih laju berbanding Hard Disk biasa.

Berbeza dengan Solid State Drive (SSD) dimana tiada sebarang part yang bergerak, SSD mampu memproses data lebih pantas. Read/Write bagi SSD adalah jauh lebih baik (10x ganda bagus) jika dibandingkan dengan standard Hard Disk .

Bagi saya, SSD merupakan diantara part yang sangat wajib kepada semua laptop tidak kira baru atau lama kerana ia sangat membantu laptop dalam mempercepatkan boot windows dan juga memproses data dengan lebih pantas dan efisyen. Juga tidak dilupa, SSD lebih tahan rosak jika dibandingkan dengan standard Hard Disk.

# Konklusi

Orait, itu saja tips dari kami pada entry kali ini. Harap membantu anda semua dalam memanjangkan hayat laptop lama anda semula.

Nasihat kami kepada anda adalah untuk mencuba dahulu servis laptop anda dari habuk diikuti dengan format windows dan seterusnya menambah kapasiti RAM seandainya servis laptop tidak berjaya melajukan laptop.Β 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.