4 Mitos Tentang RAM Yang Tidak Benar

RAM atau dikenali sebagai Random Access Memory merupakan part yang sangat penting bagi sesebuah sistem komputer.

Fungsi RAM ini tidak lain tidak bukan adalah menjadi orang tengah diantara Hard Disk dan CPU anda.

Segala data yang berada di dalam Hard Disk akan disalurkan terlebih dahulu kedalam RAM untuk diproses menjadi cebisan-cebisan data yang kecil sebelum dimasukkan ke dalam CPU anda sebelum diproses.

Namun….

Sepanjang kami melakukan kerja-kerja repair komputer, terdapat banyak missconception atau salah faham berkenaan RAM anda dan kebanyakan yang kami temui adalah mitos.

Jadi di sini kami bongkarkan 4 Mitos RAM yang selalu menjadi persoalan antara kita.

#1 RAM Sedia Ada Sudah Cukup.

Ya benar, walaupun RAM yang sedia sudah cukup tapi tak bermakna ia tak boleh dilajukan lagi.

Hakikatnya, lagi besar kapasiti RAM, lagi bagus.

Dan kebanyakan program yang dihasilkan pada masa kini dibangunkan bagi mengoptimakan penggunaan RAM.

Makna kata, seandainya laptop/PC anda mempunyai kapasiti RAM yang besar, program yang dipasang dalam laptop/PC anda dapat beroperasi dengan lebih baik dan kurang “lag” berlaku.

Walaupun sistem yang anda guna sekarang ini kemungkinan hanya menggunakan separuh daripada kapasiti RAM, tidak bermakna anda tidak perlu menambah RAM lagi. Kebanyakan sistem sekarang akan menyimpan sedikit ruang pada RAM untuk penggunaan pada masa akan datang.

Untuk penggunaan biasa, 4GB dan 8GB RAM adalah disyorkan bagi menjamin kestabilan sistem dan sekirannya anda adalah editorial video yang tegar, 16GB adalah pilihan yang sesuai kerana proses render video memerlukan kapasiti RAM yang agak tinggi.

#2 Kapasiti RAM Adalah Segalanya

Anda mungkin mengetahui berapa banyak RAM yang ada pada sistem anda dan anda mengandaikan lagi besar kapasiti RAM, lagi baik dan laju laptop/PC tersebut.

Tapi, perkara ini tak selalunya betul. Kapasiti RAM bukanlah segalanya.

Selain daripada kapasiti RAM yang menjadi panduan untuk dibeli, kelajuan RAM juga disarankan untuk dilihat sebelum anda membeli RAM.

Walaupun laptop/PC anda mempunyai kapasiti RAM yang sama dengan laptop/PC baru tapi besar kemungkinan laptop/PC lebih laju berbanding laptop/PC anda yang lama. Ini kerana, RAM pada masa kini boleh dikatakan mempunyai kelajuan yang amat tinggi dalam memproses data jika dibandingkan dengan RAM lama.

Sebagai contoh 8GB DDR3 1600Mhz lebih laju jika dibandingkan 8GB DDR3 1333Mhz.

Dan untuk kes ini mungkin anda tidak akan notis sangat dengan kelajuan yang ditawarkan oleh RAM baru tetapi sekiranya anda menggunakan laptop/PC untuk kerja-kerja yang intensif seperti edit video atau bermain game, anda akan dapat rasakan perbezaan kelajuan diantara RAM.

#3 Tidak Boleh Campur Aduk RAM Yang Berbeza Saiz

Haa, ni pun mitos yang selalu kami dengaq.

Sebenarnya bukan tidak boleh, anda boleh campur aduk RAM yang berbeza saiz dan laptop masih boleh berfungsi seperti biasa.

Sebagai contoh, RAM yang sedia ada pada laptop adalah 4GB dan anda ingin tambah lagi 8GB RAM sekeping menjadikannya kepada 12GB. Secara teori laptop akan berfungsi seperti biasa dan untuk kes ini, RAM pada laptop berfungsi sebagai dual channel. Dan dalam kes ini juga, 4GB untuk setiap RAM akan berjalan secara seiringan sebagai dual channel dan baki 4GB selebihnya akan berjalan secara single channel.

Begitu juga pada kelajuan RAM, walaupun laptop anda boleh menerima RAM yang berbeza kelajuan serentak, RAM yang mempunyai kelajuan yang lebih tinggi akan direndahkan kelajuannya bagi menyamai kelajuan RAM yang mempunyai kelajuan yang rendah.

Sebagai contoh, RAM yang sedia ada pada laptop anda adalah 4GB berkelajuan 1333Mhz dan RAM yang anda mahu upgrade ada berkapasiti 4GB berkelajuan 1600Mhz. Untuk kes ini RAM 4GB 1600Mhz akan diturunkan kelajuannya menjadi 1333Mhz untuk disuaipadankan dengan RAM lama dalam laptop anda.

Tetapi untuk mendapatkan prestasi yang optimal, kami mencadangkan untuk menggunakan kapasiti, kelajuan dan pengilang yang sama untuk kesan yang terbaik.

#4 Bersihkan RAM Cache Untuk Kelajuan

Mitos ke-4 ini merupakan mitos yang sangat famous didengar tidak kira samaada pada laptop atau smartphone. Kalau bersihkan RAM cache, laptop atau Smartphone akan bertambah laju.

Hakikatnya tidak bertambah laju sebaliknya mungkin menambahkan lagi kelembapan pada peranti anda.

Dan RAM juga adalah bersifat adjustable, makna kata RAM sepanjang masa akan read, write dan rewrite data di dalam RAM tersebut.

Jadi sekiranya RAM mengesan ada data yang tidak digunakan, data didalam RAM tersebut akan dipadam sementara waktu untuk memberikan ruang kepada data baru untuk digunakan. Dan keadaan berulang-ulang sehingga peranti dishut down.

Akan tetapi sekiranya anda mengesan terdapat memory leak yang menyebabkan prestasi peranti anda semakin menurun, anda boleh memeriksa di task manager untuk mengesan aplikasi apa yang menjadi punca memory leak tersebut.

#Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi mitos berkenaan RAM ini tapi 4 mitos diatas merupakan diantara mitos yang paling famous yang selalu ditanya kepada kami.

Dan kami berharap juga agar persoalan anda tentang RAM juga terjawab dengan entry kali ini.

Sekiranya ada pertanyaan, boleh hubungi kami FB atau IG TopiWorks untuk pertanyaan lebih lanjut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s