Haaa, mesti anda semua heran kan kenapa internet browser seperti Google Chrome mengambil kapasiti RAM anda dengan sangat banyak?

Hinggakan nak buat kerja lain pun sudah tidak boleh dan terpaksa tutup Google Chrome sebelum dapat membuka aplikasi lain.

Ketahuilah…. Bukan anda sorang saja menghadapi masalah ini.

Dan entry kali ini akan cuba membantu anda semua bagaimana untuk Google Chrome anda memakan RAM terlalu banyak.

1262497171475751057

#1. Kenapa Google Chrome Makan RAM Banyak ?

Seiring dengan perkembangan semasa, pelayar internet pada masa kini telah berevolusi daripada hanya sekadar memaparkan tulisan saja kepada pengguna kepada pelbagai perkara seperti audio, video dan sebagainya.

Perkara ini secara tidak langsung menambahbaik browsing experience kepada pengguna.

Tapi…

Dengan pelbagai penambahan ini menjadikan pelayar internet anda menjadi semakin kompleks dan untuk menampung segala kapasiti ini, RAM menjadi pilihan yang terbaik disebabkan kebolehan untuk mengurus data secara dinamik dari masa ke semasa bergantung kepada penggunaan laptop/PC anda.

a. Konsep Pengasingan Setiap Tab, Plugin & Extension

Bagi Google Chrome, ia akan mengasingkan segala Tab, Plugin dan Extension kepada proses masing-masing.

Dengan pengasingan tersebut, andaikata Tab yang anda guna tidak berfungsi atau crash, Google Chrome tidak akan crash sekaligus.

Hanya Tab yang tidak berfungsi itu akan dimatikan manakala fungsi lain akan beroperasi seperti biasa tanpa ngangguan.

Teknik seperti ini walaubagaimanapun menggunakan RAM yang banyak kerana segala fungsi diasingkan bagi mengurangkan kekerapan Google Chrome daripada selalu crash.

b. Ciri-ciri Prerendering

Pernah tertanya kenapa Google Chrome merupakan pelayar internet yang terpantas jika dibandingkan dengan pelayar internet yang lain? Inilah jawapannya.

prerender chrome work
Bagaimana Prerender pada Chrome Berfungsi.

Segala data pada Google Chrome akan prerender terlebih dahulu untuk memastikan pengalaman browsing lebih baik.

Jika tiada ciri prerender ini, makanya Google Chrome terpaksa memproses segala data pada masa yang sama memaparkan kandungan website tersebut dimana proses mengambil masa yang agak lama dan kemungkinan website tidak dapat load dengan sempurna.

Dan sudah semestinya semakin banyak Tab, Extension dan Plug In yang anda buka dan pasang, semaking banyak RAM akan digunakan oleh Google Chrome.

#2 Penggunaan RAM Yang Tinggi Sebenarnya Baik (Kebiasaannya)

Jangan bimbang sekiranya Google Chrome menggunakan RAM yang agak banyak kerana dengan penggunaan ini membantu meningkatkan pengalaman browsing anda. Segala Tab, Plug In dan Extension akan menjadi lebih pantas beroperasi dan kurang crash akan berlaku.

Dan hakikat RAM adalah untuk digunakan secara sepenuhnya kapasiti yang disediakan.

Seandainya RAM pada laptop/PC banyak lagi tidak digunakan kapasitinya, Anda berkemungkinan tidak mengoptimakan penggunaan RAM tersebut.

Tapi adalah menjadi perkaraΒ  yang tidak baik juga seandainya RAM sepanjang masa penuh dan ini boleh melembapkan pula sistem anda.

Sekiranya RAM anda tidak cukup untuk menampung keperluan anda, hardisk akan digunakan sekali dan cara ini lagi lambat kerana hardisk tidak mempunyai kelajuan sepantas RAM.

#3 Solusi Untuk Permasalahan Ini

Jadi kita dah sampai ke bahagian solusi bagaimana untuk mengawal penggunaan RAM oleh Google Chrome.

Kali ini kami berikan 2 cara yang kami selalu guna dan semoga dapat membantu anda di luar sana.

a. Terminate Task di Chrome Task Manager

Seperti Windows 10, Google Chrome juga dilengkapi dengan Task Manager untuk mengawal segala task-task yang berlaku di dalam Chrome.

1262497171690376593
Chrome Task Manager.

Di Chrome, anda hanya perlu menekan combo key, iaitu Shift + Esc dan Chrome Task Manager akan dibuka dan pada task manager itu juga anda boleh memeriksa Tab, Plug In atau Extension mana yang menggunakan RAM yang banyak dan seterusnya mematikan task tersebut.

Anda juga boleh menyusun mengikut kadar penggunaan RAM di Chrome Task Manager tersebut untuk memudahkan anda mengesan Task yang tidak diperlukan oleh anda.

b. Gunakan The Great Suspender Extension

Ini merupakan extension yang kami guna dan boleh dikatakan diantara yang terbaik dalam menguruskan penggunaan RAM untuk Chrome anda.

Cara extension ini berfungsi adalah mudah, secara asasnya extension ini akan menyekat segala Tab, Plug In yang anda tidak gunakan pada tempoh yang lama (Selalunya 1 Jam keatas) dan dibiarkan dalam mode pasif.

1262497171869885841 (1)
Mudah dan senang diubah suai.

Dengan penggunaan extension ini juga anda secara tidak langsung dapat memeriksa Tab mana yang anda jarang guna dan seterusnya menutupnya bagi memberi ruang pada Tab lain untuk berfungsi.

Dalam masa yang sama extension ini senang diubah suai mengikut konfigurasi anda sendiri.

#Kesimpulan

So semua, harapnya entry kali ini dapat membantu anda memahami lebih tentang bagaimana Chrome anda berfungsi.

Dan kaedah ini juga boleh digunapakai pada pelayar internet yang lain cumanya mungkin perlukan konfigurasi yang berbeza sedikit daripada Chrome.

Segala permasalahan dan ingin mengetahui lebih lanjut boleh hubungi kami di FB atau IG Topi Works. In Shaa Allah kita tolong mana yang boleh.

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.