Untuk entry kali ini iaitu episod 1, kita akan pecahkan kepada beberapa episod yang lain lagi supaya kita mudah hadam berkenaan bateri pada laptop kesayangan anda.

Bateri dan laptop menjadi perkara yang sudah tidak asing lagi kerana dengan bateri membolehkan laptop anda digunakan dimana-mana tempat dengan mudah tanpa memerlukan punca elektrik.

Ada 2 jenis bateri laptop yang berada dipasaran sekarang iaitu :

  1. Lithium-ion
  2. Lithium-polymer

Kedua-dua jenis bateri ini ada Pro dan Cons yang tersendiri.

Sebagai contoh, Lithium-ion batery secara amnya dapat menyimpan tenaga elektrik yang lebih banyak tetapi lebih terdedah kepada degradasi kompaun dimana kompoun yang terdapat dalam bateri ini adalah bersifat cecair (mudah bocor).

Manakala Lithium-polymer bateri lebih tahan lasak tetapi tidak dapat menyimpan kapasiti elektrik yang banyak jika dibandingkan dengan Lithium-ion bateri.

Walaubagaimanapun, kedua-dua jenis bateri ini mempunyai 3 fakta yang benar iaitu :

Fakta 1 : Bateri Laptop Anda Tidak Akan Overcharge

5952853
Sama Sekali Tidak Akan berlaku Kepada Bateri Laptop Baru

Sekiranya anda membiarkan bateri laptop sepanjang masa pada laptop, ia sama sekali tidak akan overcharge.

Apabila ia memasuki 100% cas, bateri laptop anda secara automatik akan menyekat proses mengecas dan tidak akan mula mengecas sehingga percentage bateri anda berkurangan.

Akan tetapi seandainya bateri anda mengalami simptom bengkak atau bateri kembung, keadaan ini berpunca daripada kerosakan chip yang menyekat aliran elektrik ke bateri daripada overcharge.

Apabila chip ini rosak makanya aliran elektrik berlebihan akan memasuki bateri laptop anda dan berlakunya bateri kembung.

Dan chip ini dipasang kepada setiap bateri laptop moden kini terus dari kilang.

Fakta 2 : Nyahcas (Discharge) Secara Total Boleh Merosakkan Bateri Laptop Anda

Discharge

Tidak seperti Ni-Cad Bateri, Lithium bateri seperti bateri laptop tiada profil cas yang tetap. Sebarang nyahcas (Discharge) secara menyeluruh boleh merosakan bateri laptop anda secara kekal.

Fakta 3 : Bateri Laptop Tidak Perlu Dicas Penuh Semasa Di Awal Pembelian

Seperti smartphone, anda tidak perlu cas penuh bateri laptop baru anda kerana laptop zaman sekarang dibina untuk terus digunakan seusai keluar dari kotak.

laptop-charging_1846606c
Keluar kotak terus guna tanpa ragu.

Walaubagaimanapun, tindakan anda mengecas penuh bateri merupakan diantara tindakan yang terbaik kerana ia memberikan gambaran awal kepada laptop anda bagaimana bateri baru sedang beroperasi seterusnya cuba mengadaptasi kegunaan elektrik berdasarkan feedback dari bateri anda.

Ini kelebihan pada bateri moden kini.

Apapun, sekiranya anda tidak mengecas penuh bateri laptop baru anda juga tidak menjadi masalah kerana bateri zaman sekarang akan auto calibrate sendiri.

Stay Tuned untuk episod seterusnya…

Nantikan episod seterusnya berkenaan bateri laptop anda. Kita akan huraikan satu demi satu sehingga anda semua dapat gambaran yang lengkap bagaimana untuk mendapatkan penjagaan yang sempurna pada bateri laptop kesayangan anda.

 

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.