Pengenalan

Punca masalah mungkin bermula disaat anda mengesyaki touchpad tidak dapat click dengan baik seperti dahulu.

atau

Laptop anda sudah mula tidak duduk dalam keadaan yang betul, kemungkinan salah satu bucu laptop anda sudah berjongkang-jongkit (meaning tak rata)

Dan akhirnya body laptop anda mula menunjukan tanda meleding dan bengkok, pada saat ini ketahuilah kemungkinan laptop anda mengalami masalah bateri kembung atau bengkak.

Bateri kembung ini selalu terjadi kepada laptop lebih-lebih lagi kepada laptop yang mempunyai built in bateri dimana bateri telah terbina siap di dalam laptop dan tidak boleh dikeluarkan secara mudah.

Kenapa Bateri Kembung ?

Swollen-Macbook-Pro-Lithium-Ion-Battery
Bateri mengembung secara extreme pada macbook

Hakikatnya bateri kembung ini berlaku pada mana-mana peranti elektronik yang menggunakan bateri. Sebut saja daripada sekecil-kecil smartphone, laptop hingga ke bateri hybrid pada kereta anda.

Tiada sebarang punca yang khusus yang menyebabkan bateri anda cepat kembung.

Tetapi sepanjang kami terlibat dalam bidang ini, kami boleh senaraikan 4 punca utama perkara ini berlaku iaitu :

  1. Kecacatan dari kilang (Manufacturing Defects)
  2. Usia bateri yang lama
  3. Cara mengecas bateri yang salah
  4. Menggunakan pengecas bateri yang salah

Secara umum, bateri kembung terjadi apabila mengalami overcharge, dimana lithium ion bateri bertindak balas dengan overcharge.

Tindak balas overcharge ini menghasilkan haba, dan keadaan ini seterusnya memanaskan gas didalam bateri yang mengakibatkan bateri untuk kembung.

Dengan ventilasi udara yang tidak baik, boleh memburukkan lagi keadaan bateri tersebut.

Walaubagaimanapun, pembuat dan pengilang bateri memahami situasi ini dan mengatasi masalah ini dengan memasang chip yang berupaya mengawal kadar cas pada setiap bateri.

Dan chip pada bateri akan memberhentikan aliran elektrik yang berlebihan apabila ia mengesan bateri sudah dicas penuh.

Anda boleh melihat entry kami sebelum ini di link ini tentang  3 Fakta Penting Tentang Bateri Laptop Anda

Namun, chip ini juga kadang kala mengalami kerosakan dan akhirnya menyebabkan bateri laptop menjadi kembung.

Cara Untuk Mengatasi Bateri Kembung

Sekiranya anda mengesan peranti anda mengalami bateri kembung, perkara penting yang anda perlu ambil kira adalah dengan tidak menebuk bateri kerana risiko untuk meletup adalah tinggi.

Dan bateri kembung ini juga boleh meyebabkan chasis laptop berada didalam keadaan stress akibat kekembungan yang berlaku pada bateri.

VZe0dL5
Chasis laptop mengalami kerosakan akibat tekanan yang diberikan oleh bateri kembung.

Seterusnya, sekiranya laptop anda bukan built in, anda boleh mengeluarkan bateri itu dengan berhati-hati.

Seandainya bateri tersebut tersangkut disebabkan pengembungan yang tidak sekata, anda boleh hantarkan kepada technician yang terdekat untuk membantu anda.

Apabila anda berjaya mengeluarkan bateri kembung tersebut daripada laptop anda, simpan bateri tersebut di tempat yang selamat dan dingin agar tidak terdedah kepada bahaya.

Dan juga diingati agar tidak membuang bateri laptop sesuka hati kerana ia boleh mengundang bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.

Dispose bateri laptop secara betul dengan menghantar ke tempat yang menerima bateri laptop seperti kedai laptop berhampiran rumah anda.

Diantara syarikat Malaysia yang menyediakan perkhidmatan dispose dan recycle bateri (Link Disediakan) :

  1. http://usedcomputer.com.my/
  2. http://www.dell.com/learn/my/en/mycorp1/dell-environment-recycling
  3. http://mobileewaste.pi1m.my/

Apapun stay safe dan jangan lakukan tindakan yang merbahaya kerana bateri laptop ini mampu meletup sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Penutup

Orait itu saja entry untuk kali ini dan nantikan entry seterusnya tentang tips mengelakkan bateri dari cepat kembung dari kami.

Selamat membaca semua

Sumber : https://www.tekrevue.com/swollen-battery/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.