7 Sebab Kenapa Internet Lembap Pada Smartphone Anda

Tidak dapat disangkal lagi smartphone merupakan diantara kaedah yang paling mudah untuk anda menggunakan internet.

Dan sudah tentu apabila anda menggunakan internet, anda mahukan internet yang laju agar segala kerja anda lakukan menjadi mudah dan lancar.

Tapi..

Tahukah anda, terdapat juga sesetengah kes yang berlaku menyebabkan internet pada smartphone anda menjadi sangat lembap.

dan

kali ini kita akan senaraikan 7 sebab utama kenapa smartphone anda mengalami kelembapan internet.

#1 Kedudukan Router Yang Teruk

Ini merupakan diantara punca yang selalu orang terlepas pandang apabila smartphone mengalami internet yang slow.

Tahukah anda, kedudukan router yang berada di rumah atau pejabat anda memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan connection internet yang laju dan pantas.

wifi router

Contoh router di rumah anda.

Kedudukan Router yang tidak strategik bukan saja memberi impak pada kelajuan internet anda malah juga menyebabkan smartphone anda cepat kehabisan bateri akibat terpaksa melakukan kerja lebih dalam mendapatkan connection internet dengan baik.

image04

Dead spot Wi-Fi signal boleh dilihat pada label bewarna merah. Untuk kes ini, dinding menjadi punca terbesar terhalangnya Wi-Fi signal.

Selalunya jarak efektif bagi Wi-Fi Signal adalah antara 230 Kaki (70 Meter).

Dan signal Wi-Fi juga boleh terhalang dengan objek besar (Dinding, Lantai, Pintu dan etc).

Cara mudah untuk menentukan signal Wi-Fi yang baik adalah dengan mengunakan Wi-Fi signal pada smartphone anda. Signal Wi-Fi pada smartphone anda memberi gambaran yang jelas sejauh mana connection wifi anda diantara smartphone dan Router.

wifi-strength

Wi-Fi signal yang terdapat pada smartphone anda.

Dan sekiranya Router anda tidak dapat membekalkan coverage Wi-Fi yang menyeluruh di dalam rumah anda, anda boleh menggunakan Wi-Fi extender yang membantu meluaskan Wi-Fi signal anda dengan lebih jauh.

321579-TP-Link-WIFI-Extender

Wi-Fi Extender yang terdapat di pasaran. Lebih murah dan sesuai untuk rumah yang luas.

#2 Kesesakan  Wi-Fi (Congested Wifi)

Kesesakan Wifi selalunya berlaku dikawasan yang mempunyai Router yang banyak dalam suatu tempat yang kecil. (selalunya seperti rumah flat)

Masalah ini berpunca akibat pelbagai Router menggunakan signal/channel wifi yang sama yang mengakibatkan gangguan reception kepada smartphone anda.

Sebagai contoh, signal wifi anda dan jiran-jiran berhampiran anda mungkin berada didalam jarak yang dekat dan masa yang sama menggunakan channel wifi yang sama mengakibatkan signal wifi mengalami kesesakan akibat bertembung banyak signal wifi yang sama.

Untuk mengatasi isu ini, anda boleh memeriksa Wifi sekitar dengan menggunakan aplikasi seperti Wifi Analyzer untuk mengenal pasti channel wifi manakah yang selalu guna.

wifi-channel

Aplikasi ini akan memeriksa channel mana yang jarang digunakan oleh pengguna dan seterusnya mengelakkan kesesakan Wi-Fi anda.

Setelah mengenal pasti signal wifi yang menjadi punca kepada kelembapan internet anda, anda boleh menala semula router anda supaya berfungsi berbeza channel antara Router yang lain seterusnya mengembalikan semula kelajuan internet pada smartphone anda.

#3 Gangguan Signal Wi-fi (Wi-Fi Noise)

Wi-FI juga boleh menerima gangguan daripada peralatan rumah seperti microwave, loceng rumah tanpa wayar dan telefon tanpa wayar.

just-like-home-microwave-blue--68728C43.zoomKX-TGC362B_ALT01

Punca gangguan ini berlaku akibat terdapat peralatan rumah selalunya menggunakan signal yang sama dengan Router iaitu 2.4Ghz band.

Perkara ini boleh disemak semula seandainya anda sudah mencuba mengubah kedudukan Router dan menukar channel namun masih mengalami internet yang lembap.

Kebanyakan Router baru selalunya membekalkan dua signal bands yang berbeza iaitu 2.4Ghz dan 5Ghz.

unifiapacoutdoor-feature-dual-band

Ada dua pilihan band iaitu 2.4Ghz dan 5Ghz.

5Ghz merupakan signal band yang paling terlatest dan selalunya jarang dipakai terutamanya di Malaysia.

Tapi sebelum itu pastikan Router dan peranti anda menyokong signal band 5Ghz kerana tak semua peranti atau Router menyokong signal band ini.

maxresdefault

Pastikan di kotak Router anda mengandungi Dual Band capability untuk mendapatkan kemampuan 2.4Ghz dan 5Ghz dalam satu router. 

#4 Network Yang Lembap

Diantara punca masalah yang paling ketara(obvious).

Network yang lembap menghasilkan internet yang lembap.

Di rumah, punca ini mungkin disebabkan terdapat aplikasi atau peranti lain yang menggunakan internet pada kadar yang tinggi.

Strim movie, download file besar ataupun update operating system merupakan punca utama kenapa anda mengalami internet yang lembap. (atau kuota internet anda sudah habis)

Sekiranya menggunakan Wi-Fi public seperti KFC atau Mc Donald, kelajuan internet lagi susah untuk dijangka.

reinhart-julian-568915-unsplash

Nasihat kami adalah untuk tidak menggunakan Wi-Fi public kerana ia bukan saja tidak selamat malah selalunya tidak laju dan kadang-kadang langsung tiada internet.

Kami cadangkan untuk anda menggunakan line telefon anda sendiri dimana lebih laju dan anda boleh membeli internet anda mengikut kesusaian anda.

#5 VPN Yang Lembap

Sekiranya anda selalu menggunakan Wi-Fi public seperti di pejabat, kami sangat recommend kepada anda untuk menggunakan VPN.

VPN ini akan mengengkrip segala connection diantara smartphone dan Wi-Fi public seterusnya mengelakkan daripada orang luar mengakses data peribadi anda.

Tapi berhati-hati dengan VPN percuma kerana ia boleh membuatkan connection internet anda menjadi lagi teruk.

Kami mencadangkan agar anda mendapatkan VPN berbayar dan dipercayai supaya keselamatan dan juga kelajuan internet anda dapat dikecapi dengan berjayanya.

#6 Coverage 4G Yang Lemah

Penggunaan mobile data selalunya merupakan pilihan yang terakhir sekiranya Wi-Fi sedia ada tidak mampu memberikan kelajuan yang memuaskan kepada kita.

Diantara sebab kenapa ramai menggunakan Wi-Fi adalah kerana ianya lebih murah dan tidak mengunakan tenaga bateri yang banyak.

Apabila anda menukar ke mobile data, anda menjangka yang 4G daripada smartphone anda akan lebih laju dari Wi-FI.

Tapi, tak selalunya begitu.

choose-lte

Walaupun anda boleh mengubah setting network ke 4G/LTE tapi tak bermakna anda akan selalu mendapat signal 4G sentiasa. Ia bergantung pada kawasan juga.

Untuk kes mobile data ini, terdapat pelbagai faktor yang memberi impak kepada signal mobile data anda.

 

  1. Kepadatan. Sekiranya anda berada di dalam sesuatu konsert, anda mungkin tidak mendapat 4G signal langsung akibat kepadatan orang yang menggunakan signal yang sama pada tempat yang sempit.
  2. Jarak. Jarak smartphone anda dengan menara telekomunikasi yang berdekatan. Semakin jauh bermakna semakin kurang laju internet anda.
  3. Cuaca. perkara ini juga memainkan peranan terhadap mobile data, seandainya cuaca buruk mungkin menyebabkan anda tidak mendapat signal langsung dari mobile data anda.
  4. Masalah Telco. Sekiranya kawasan yang anda duduk merupakan kawasan yang mempunyai signal mobile data yang baik tetapi mesih struggle untuk mendapatkan internet yang laju, anda berkemungkinan perlu berjumpa pada telco anda mengenai masalah ini untuk diselesaikan pada kadar segera.

#7 Smartphone Anda Yang Lembap

Akhir sekali, anda sudah mencuba segala pilihan yang diberikan diatas,

Namun

Anda masih mengalami internet yang lembap.

Kenapa ini berlaku ?

Pada ketika ini, kemungkinan smartphone anda menjadi punca.

Smartphone yang lama mungkin tidak mampu keep up dengan kelajuan internet yang sedia ada.

Dengan hardware yang lama pada smartphone anda menyebabkan terpaksa memproses data yang kadang-kadang terlalu banyak sehingga menyebabkan smartphone anda menjadi “hang” serta merta.

Untuk keadaan ini, sudah sampai masanya untuk anda consider untuk membeli smartphone yang baru.

dimitri-tyan-232294-unsplash

Laburkan duit anda dengan pembelian smartphone yang terbaik untuk pelaburan jangka masa panjang.

Dan smartphone sekarang lebih murah dan masa yang sama berprestasi tinggi akibat lambakan smartphone daripada pelbagai pengeluar

Kesimpulan

Secara tuntasnya, internet la ni dah menjadi satu keperluan kat kita tambah-tambah kalau pakai smartphone. Apa guna ada smartphone tapi internet tiada. Rasa tak cukup syarat tak begitu.

Itu saja entry kita buat kali ini. Nantikan next entry dari kami.

Sumber : https://www.makeuseof.com/tag/reasons-slow-internet-speed-smartphone/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s