Selalunya kalau anda menggunakan whatsapp di Laptop/PC, anda akan menggunakan Whatsapp desktop yang disediakan oleh Whatsapp sendiri dan digabungkan sekali dengan Whatsapp Web untuk membolehkan 2 akaun berjalan serentak dalam satu masa.

Cara ini berkesan bagi 2 akaun whatsapp tapi katakan anda perlu menguruskan lebih dari 2-3 akaun whatsapp secara serentak. Pasti anda rasa pening bagaimana untuk solvekan problem ini ?

FRANZ Adalah Solusi Kepada Masalah Anda

Franz merupakan aplikasi yang kami kira merupakan yang paling mudah dan senang menguruskan multiple akaun Whatsapp anda bagi versi Laptop/PC

Aplikasi ini bukan sekadar menyediakan perkhidmatan bagi Whatsapp malah terdapat pelbagai perkhidmatan lain lagi disediakan seperti Trello, Google Hangout, Outlook dan sebagainya.

Multiple Service
Diantara servis yang ditawarkan oleh FRANZ.

Cara Guna FRANZ

#1 Download & Install Franz

Pertama sekali anda untuk menggunakan FRANZ, anda perlu download dan install ke dalam Laptop/PC anda.

Dapatakan FRANZ di link ini https://meetfranz.com/.

#2 Sign Up / Sign In Akaun FRANZ

Setelah download dan install ke dalam Laptop/PC anda, anda perlu sign up akaun untuk aplikasi Franz (Jika sudah daftar, anda boleh terus sign in secara direct).

Sign in
Jangan bimbang, aplikasi ini adalah percuma dan anda boleh upgrade ke premium untuk mendapatkan lebih banyak feature pada aplikasi ini.

#3 Paparan Utama FRANZ

Setelah berjaya mendaftar masuk kedalam FRANZ, anda akan dibawa ke paparan utama.

Pilih Get Started

U5dtJ4agaaCjzQbEL7G4FPFZfVVrH8d_1680x8400

#4 Pilih Whatsapp Service

Melalui sini, anda akan lihat pelbagai service yang disokong oleh aplikasi FRANZ, bagi entry kali ini kita hanya fokuskan pada Whatsapp sahaja.

Anda dijemput untuk mencuba servis lain yang ditawarkan oleh aplikasi ini.

Pilih Service

#5 Setting Whatsapp Anda

Setelah memilih Whatsapp, anda akan dibawa ke paparan “Your Services”.

Di sini anda boleh custom whatsapp anda mengikut kesesuaian anda.

Setelah berpuas hati, anda klik “Save Service” untuk menyimpan konfigurasi anda.

Setting Whatsapp
Icon whatsapp anda juga boleh diubah menggunakan icon anda sendiri.

#6 Tahniah, Kini Whatsapp Anda Sudah Boleh Digunakan

Berjaya
Whatsapp anda kini bersedia untuk digunakan.

#7 Tambah Akaun Whatsapp Anda

Tambah Akaun

Amik Simbol “+” untuk menambah akaun Whatsapp anda.

Selesai menambah akaun Whatsapp anda, anda boleh menggunakan multiple akaun Whatsapp anda dengan mudah dan cepat.

Tahniah, anda sudah berjaya dan selamat mencuba semua.

Kongsikan pada rakan-rakan lain yang mempunyai masalah seperti ini juga.

Sumber : https://steemit.com/utopian-io/@sakibr/franz-tutorial-how-to-use-many-chats-app-using-franz

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.