Tidak dapat disangkal lagi, isu cas masuk lambat ni menjadi diantara perbualan terhangat dikalangan pengguna smartphone.

Dan perkara ini selalunya terjadi kepada smarpthone yang sudah berusia 1 tahun keatas.

Jadi apa punca perkara ini terjadi ?

Jadi entry kali ini kita ingin kongsikan kepada anda berkenaan isu ini.

#1 Aksesori / Cable Charger Tidak Berkualiti

Diantara punca yang paling senang mungkin berpunca daripada cable charger yang anda guna tidak berkualiti dan bukannya masalah daripada smartphone anda.

Perkara ini terjadi apabila cable yang asal dibekalkan oleh smartphone mungkin sudah reput atau rosak dan memaksa pengguna untuk mendapatkan cable charger baru dimana dalam kes ini membeli cable charger yang tidak berkualiti disebabkan harga yang jauh lebih mudah daripada membeli cable charger yang original.

sewell-mos-spring-tough-lightning-cable
Gunakan cable charger yang berkualiti untuk memanjangkan jangka hayat smartphone anda.

Tapi,

ada juga kes dimana cable charger adalah original namun masih berdepan situasi cas yang lembap.

Kes ini mungkin berpunca daripada kesan penggunaan seperti :

  1. Jatuh
  2. Bengkok
  3. Dipijak
  4. Disimpan dikawasan yang suhu tidak menentu.
806ec71a5bc582b84b6e515207dc9059
Cable charger seperti ini sudah boleh ditukar.

Untuk selesaikan isu diatas, anda mungkin boleh mencuba dengan meminjam cable charger rakan-rakan anda untuk mencari penyebab kepada masalah yang dihadapi

Ada juga kes dimana pengguna mengecas smartphone mereka pada PC/Laptop.

Untuk kes ini tidak digalakkan kerana ia bukan sahaja cas lambat tetapi juga dapat merosakan cable charger anda kecuali digunakan untuk transfer data ke Laptop/PC tidak mengapa.

#2 Port Charger Anda Bermasalah

Sekiranya anda menukar cable charger dan cas masih perlahan, smartphone anda berkemungkinan menghadapi masalah pada lubang charger atau dikenali sebagai port charger.

Kemungkinan port charger anda mengalami hakiasan atau halangan seperti kemasukan habuk atau benda-benda asing didalam port charger anda.

galaxys6port
Periksa port charger anda untuk mengenal pasti samaada terdapat benda asing memasuki di kawasan ini.

Gunakan lampu dan kanta pembesar (jika perlu) untuk menyemak port charger anda.

Jika menjumpai sesuatu benda yang tidak sepatutnya berada pada port charger anda, buangkan ia secara perlahan dan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan pada port charger tersebut.

Kami mencadangkan untuk anda mengunakan pecungkil gigi dan penggunaan berus kecil dan lembut juga digalakkan.

#3 Background Apps

Sesetengah keadaan yang menjadi punca kepada lembapnya dalam mengecas mungkin berpunca dari software smartphone itu sendiri.

androidpit-hero-s7edge
Mungkin aplikasi dalam smartphone anda selama ini menjadi punca cas perlahan

Aplikasi yang berjalan secara tersembunyi (Background Apps) selalunya menjadi punca utama kenapa smartphone terpaksa berhempas pulas untuk cas.

Dan anda jangan bimbang, untuk kes ini ada penyelesaian.

Bagi pengguna Android dan iPhone, anda boleh menyemak penggunaan bateri anda pada Settings > Battery.

Apabila anda menjumpai aplikasi yang menggunakan banyak tenaga, anda boleh uninstall aplikasi tersebut dan mencuba kembali mengecas untuk menguji keberkesananya.

#4 Bateri Yang Sudah Berumur

Sekiranya ketiga-tiga diatas sudah dicuba dan masalah masih berlaku, besar kemungkinan bateri anda sudah lama dan mengalami masalah.

Penukaran bateri baru mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

618x418
Sudah sampai lakukan penukaran bateri baru andaikata smartphone anda sudah mencecah 2 tahun keatas

Bagi bateri lithium-ion seperti bateri smartphone tidak dapat bertahan lama dan hanya boleh dicas pada kadar jumlah yang terhad.

#5 Mengguna Sambil Mengecas

Adakah anda suka menggunakan smartphone ketika sedang mengecas bateri?

Jika ya, anda mungkin perlu hentikan tabiat ini kerana ia bukan sahaja melambatkan bateri untuk dicas tetapi juga mungkin merosakan bateri dengan lebih cepat

Aplikasi seperti Facebook selalunya memakan bateri pada kadar jumlah yang banyak dan apabila digabungkan sekali dengan sambil mengecas, kemungkinan kesan cas tidak memberi apa-apa kesan dan mungkin tiada sebarang cas berlaku.

 

charging-phones-169245284-resized-56a62b735f9b58b7d0e04592
Biarkan smartphone anda berehat sebentar ketika sedang mengecas untuk hasil cas yang maksimum

Untuk punca ini anda mungkin diminta bertenang dan memberi ruang kepada smartphone anda untuk dicas sebentar sebelum menggunanya semula.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.